
Jawatankuasa Rayuan FIFA telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat, sekaligus mengekalkan sepenuhnya hukuman asal yang telah dijatuhkan sebelum ini. Dalam keputusan rasmi tersebut, FAM diarahkan untuk membayar denda sebanyak RM1.88 juta kepada FIFA.
Sementara itu, tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, masing-masing turut dikenakan denda RM10,720 dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.
Menurut FIFA, semua pihak telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, dan mereka mempunyai tempoh sepuluh hari untuk memohon penjelasan bertulis (motivated decision). Selepas itu, mereka diberikan masa 21 hari untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport) sekiranya berhasrat mencabar keputusan berkenaan.
Keputusan ini sekali lagi menimbulkan persoalan besar mengenai pelanggaran peraturan perpindahan dan pendaftaran pemain asing dalam liga tempatan, serta memberi isyarat jelas bahawa FIFA tidak akan berkompromi terhadap kesalahan melibatkan integriti dan pematuhan undang-undang bola sepak antarabangsa.
Teruskan bersama TW Media..!
The post FAM Didenda RM1.88 Juta dan Tujuh Pemain Digantung Setahun oleh FIFA appeared first on TW Media.
