
KUALA LUMPUR: Rentetan beberapa insiden penyokong dan penolong jurulatih dipukul, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertekad menggandakan usaha bagi membendung apa jua bentuk keganasan dalam arena bola sepak dalam negara.
Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM telah bertindak mengikut saluran yang betul berhubung dua insiden pukul yang menggemparkan itu.
“Saya menyeru supaya perkara ini tidak terjadi lagi, kita cuba untuk minimumkan ataupun zero tolerance berkaitan isu hooligan. Apa yang terjadi diharap memberi pengalaman kepada kita untuk terus bendung perkara ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hamidin yang juga Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata secara realiti perkara sedemikian boleh terjadi bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara, biarpun terdapat peraturan yang jelas menghalang sebarang keganasan berlaku.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) ataupun pihak berkuasa sentiasa ada untuk melihat perkara ini dan perketatkan (kawalan), tetapi jika sesuatu perkara itu sudah terjadi ia berada di luar kawalan,” katanya.
Beliau berkata siasatan yang dilakukan FAM berhubung insiden itu masih lagi berjalan.
Sebelum ini, seorang penyokong Kuala Lumpur City FC (KL City) cedera selepas dipukul pada final Piala FA 2023 membabitkan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bulan lepas.
Awal bulan ini pula akhbar tempatan melaporkan FAM menerima aduan daripada Selangor FC berhubung penolong jurulatihnya, Ramon Marcote dipukul pada aksi separuh akhir Piala FA bertemu JDT, Jun lepas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


