FAMA lancar Jualan Aidiladha Madani Ahad ini

23 Jun 2023 • 7:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zahari (dua dari kanan) bersama pengunjung FAMA Fest di AEON Bukit Indah, pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), akan melancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di 203 lokasi pasar tani FAMA di seluruh negara.

Menurut Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkifli, Jualan Aidiladha Madani itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan bekalan makanan sempena musim perayaan.

"FAMA akan lancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di Shah Alam, Selangor dan di semua 203 pasar Tani FAMA di seluruh negara.

"Pengguna boleh ke pasar tani FAMA bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti daging, ayam, santan dan kelongsong ketupat.

"Secara keseluruhannya, kita menyasarkan nilai jualan sebanyak RM11 juta," katanya.

Aminuddin berkata demikian pada sidang media sempena FAMA Fest 2023 di AEON Bukit Indah, di sini yang disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.

Sementara itu, Aminuddin berkata, FAMA memberikan jaminan bekalan keperluan asas sempena perayaan Aidiladha minggu depan mencukupi.

"Sehingga pagi tadi (Jumaat) saya difahamkan bekalan mencukupi.

"Tentang harga, ia bukan di bawah FAMA, tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved