“Family Kau Memang Fake” – Tampil Bertudung, Ameera Khan Dituduh Hanya Cuba Raih Perhatian

Entertainment
26 Oct 2022 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tampil dengan imej bertudung, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan tidak terlepas daripada kecaman netizen walaupun berubah ke arah kebaikan.

Dalam satu video TikTok yang dimuat naik oleh peminat Ameera Khan, individu itu seakan-akan kesal apabila Ameera menjadi ‘buah mulut’ warganet sedangkan dia dalam proses memperbaiki diri.

Dulu dihina sebab tak tutup aurat. Sekarang dalam fasa memperbaiki diri pun masih lagi dihina.”

Akan tetapi, video tersebut masih mendapat komen negatif di sebuah forum yang rata-ratanya menganggap penghijrahan Ameera sebagai satu cara mendapatkan perhatian.

“Sejenis sampah yang suka perhatian,” ujar seorang netizen.

“Cuba berubah senyap-senyap…Elak dari socmed dulu. Hadirkan ikhlas yang sebenar,” kata seorang lagi warganet.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini pernah dikecam kerana menggayakan pakaian yang dianggap terlalu seksi.

image is not available 5 bulan lalu

"Susah Nak Istiqomah" - Muat Naik Gambar 'Freehair', Ameera Khan Dah Tak Berhijab?