Fan Bingbing dikurniakan gelaran Datuk Kehormat selepas jayakan promosi Melaka

LocalEntertainment
25 Aug 2025 • 9:44 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon terkenal China, Fan Bingbing, menerima gelaran Datuk Kehormat apabila dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena ulang tahun Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2025.

Penganugerahan ini dibuat sebagai penghargaan terhadap peranannya memperkenalkan Melaka ke mata dunia, sekali gus menarik lonjakan pelancong dari China ke negeri bersejarah itu.

Baca juga:

Sumbangan besar tarik pelancong China

Sejak dilantik sebagai Tourism Friendship Ambassador Melaka pada Mei 2024, Fan dikatakan berjaya mencetuskan lebih 1.5 bilion paparan promosi Melaka di platform WeChat. Hasilnya, jumlah pelancong dari China meningkat tiga kali ganda daripada kira-kira 204,000 orang pada 2023 kepada lebih 664,000 orang pada 2024.

Ketua Menteri Melaka menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti besar sumbangan Fan, yang membantu melonjakkan sektor pelancongan negeri selepas pandemik.

image is not available
Fan Bingbing

Janji terus promosi Melaka

Dalam ucapannya, Fan menyifatkan gelaran tersebut sebagai satu “hadiah berharga” dan berjanji akan terus kembali ke Melaka untuk meneruskan promosi. Beliau mahu membawa “lebih banyak berita baik” demi memperkukuh hubungan budaya dan pelancongan antara China dan Malaysia.

Fan Bingbing, 43, ialah antara nama besar dalam industri hiburan China. Beliau mula dikenali menerusi drama popular My Fair Princess (1998–1999) sebelum melakar kejayaan besar dalam filem Cell Phone (2003). Di peringkat antarabangsa, beliau pernah membintangi filem blockbuster X-Men: Days of Future Past (2014) serta The 355 (2022).

Sepanjang kerjayanya, Fan pernah tersenarai dalam senarai Time 100 Most Influential People (2017) dan beberapa kali menduduki carta selebriti paling berpengaruh oleh Forbes China.