
Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, berkata dia hanya memerlukan 10 hari sebelum menerima jawatan penasihat teknikal Sri Pahang FC tetapi mengakui ada terma peribadi di antara kedua-dua pihak sebelum dia bersetuju untuk kembali ke arena bola sepak Malaysia selepas hampir 10 tahun meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT).
