Fandi Ahmad tidak puas hati walaupun menang besar

Football
28 Aug 2023 • 12:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fandi

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui 'kurang gembira' dengan corak permainan pasukannya meskipun melakar kemenangan 5-1 ke atas Kelantan United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Ahad.

Fandi berkata, hal ini kerana barisan pemain Tok Gajah dilihat memperagakan aksi di bawah keupayaan sebenar pada perlawanan tersebut.

"Perlawanan hari ini (pada Ahad) bukan kekuatan sebenar kita (Sri Pahang). Pada saya kita cukup beruntung apabila Kelantan United ada peluang, namun gagal menepati sasaran," katanya semasa sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Menurut beliau, selepas mendahului dengan tiga jaringan corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad Tok Gajah mulai kendur sehingga memberi ruang kepada lawan untuk mendapatkan semula rentak mereka.

Ujarnya, segala kelemahan yang dikesan pada perlawanan tersebut akan diperkemaskan semula bagi memastikan Sri Pahang kembali ke landasan sebenar.

Fandi memberitahu, kemenangan tersebut menghidupkan lagi peluang Sri Pahang untuk memintas Sabah FC yang kini dibezakan dengan dua mata sahaja.

"Kita masih berkelebihan dua perlawanan, jadi saya mahu kita teruskan rentak kemenangan pada aksi berikutnya," katanya.

Pada perlawanan itu, gol-gol kemenangan Sri Pahang masing-masing diledakkan oleh Mohd Azrif Nasurulhaq (minit ke-10), Sergio Aguero (minit ke-22, 27), Kpah Serman (minit ke-66) dan David Rowley (minit ke-90).

Gol saguhati Kelantan United pula dijaringkan oleh Royyizat Daud pada minit ke-77.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved