“Fans” AC Milan Campak Duit Palsu Ke Arah Penjaga Gol PSG

Football
8 Nov 2023 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Fans” AC Milan Campak Duit Palsu Ke Arah Penjaga Gol PSG

Penyokong AC Milan dilaporkan telah melemparkan wang kertas palsu ke atas penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma sebagai tanda protes terhadapnya kerana meninggalkan kelab itu, lapor Daily Mail.

Laporan itu mendedahkan bahawa penyokong AC Milan telah merancang untuk menyambut ‘kepulangan’ Gianluigi di San Siro.

Ia berlaku selepas penjaga gol itu kembali bermain ke San Siro pada hari Selasa lalu sebagai pasukan seteru.

Pemain dari Itali itu yang muncul dari akademi remaja Milan telah tampil lebih 250 kali untuk kelab ‘red and black’ tersebut.

Beliau dianggap sebagai penjaga gol muda terbaik dalam bola sepak dunia sebelum perpindahan kontroversi ke Paris itu berlaku.

Donnarumma enggan menandatangani perjanjian baharu bernilai 130,000 GBP (RM744,564) seminggu dengan Milan dalam usaha untuk menamatkan kontraknya.

Donnarumma sebaliknya dikatakan telah menandatangani perjanjian yang lebih menguntungkan dengan Paris Saint-Germain pada 2021.

image is not available
Kredit TikTok

Penyokong Milan yang berang dengan keputusan itu telah membalas dendam dengan melemparkan wang dolar palsu ke arah penjaga gol itu semasa perlawanan semalam.

image is not available
Kredit TikTok

Bagaimanapun, Donnarumma dilihat tidak mempedulikannya, manakala rakan sepasukannya Kylian Mbappe dilihat terhibur dengan gurauan itu.

Mbappe dilihat ketawa ketika penyokong membaling mata wang palsu tersebut ke arah penjaga gol itu.

image is not available

Penyokong juga dikatakan memakai baju No 71 untuk menunjukkan pengkhianatannya.

Nombor itu merujuk kepada sistem Neapolitan mentafsir mimpi untuk memenangi nombor loteri.

Selain itu, nombor itu juga dipanggil sebagai Smorfia Napoletana dengan membawa maksud ‘lelaki tidak bernilai’.

Bercakap menjelang perlawanan, pengerusi PSG, Nasser Al-Khelaifi mengingatkan penyokong Milan tentang perkhidmatan yang diberikan Donnarumma sebelum ini.

Dalam wawancara berlainan, Nasser juga sempat memuji Donnarumma yang profesional dan pemain yang mempunyai masa depan yang hebat.

“Gigi adalah salah seorang penjaga gol terbaik di dunia. Dia masih muda dan seorang yang profesional, dia juga seorang yang hebat.

“Apa yang dia sumbangkan kepada AC Milan sepanjang 215 penampilan adalah menakjubkan dan saya sangat menghormati AC Milan dan Gigi,” kata Nasser kepada Gazzetta dello Sport.

Prestasi luar biasa Donnarumma pada permulaan kariernya di Milan menyebabkan penjaga gol itu menjadi pemain Itali termuda bermain untuk pasukan B-21.

Beliau memulakan karier profesionalnya pada usia 17 tahun pada Mac 2016 yang lalu.

@tntsports

‘Dolla-rumma’ AC Milan fans ‘make it rain’ with fake bank notes over PSG goalkeeper Gianluigi Donnarumma in protest at him moving for the money… #donnarumma #psg #acmilan #milan #ucl #championsleague #tntsports

♬ original sound – TNT Sports