
Perkahwinan pelawak, Shuk Sahar bersama Fara Salleh sekali lagi menjadi perhatian selepas Fara tampil mendedahkan bukti perbualan mereka. Sebelum ini, Shuk mendedahkan bahawa perkahwinan mereka masih belum didaftarkan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
Melalui Instagram Story, Fara memuat naik tangkap layar perbualannya bersama suaminta itu yang menunjukkan dirinya telah mendesak pelawak itu untuk mendaftarkan perkahwinan mereka sejak tahun lalu. Bagaimanapun, permintaannya dikatakan tidak diendahkan oleh Shuk.
Fara Salleh dedah Shuk berkeras tidak mahu daftar perkahwinan…

Dalam hantaran yang dimuat naik, Fara secara terbuka menyatakan rasa kecewanya terhadap sikap Shuk yang seolah-olah ingin menyalahkan pihak lain dalam isu ini.
Dari tahun lepas desak dia untuk register. Kerja nak salahkan orang je kau ni.- Tulisnya.
Malah, Fara turut meluahkan kekecewaannya apabila mendakwa Shuk pernah menyembunyikan dokumen perkahwinan mereka untuk menghalangnya daripada mendaftarkan perkahwinan secara rasmi di majlis agama.
Dokumen nikah tu dia pernah sorokkan tak bagi saya pergi register. Alhamdulillah sekarang dalam proses pendaftaran, saya uruskan semua sendiri.- Katanya lagi.

Dalam hantaran lain, Fara menjelaskan bahawa dia bersuara bagi mempertahankan dirinya kerana enggan dipersalahkan dalam isu perkahwinan mereka yang masih belum didaftarkan.
Saya harap semua jelas ya, jangan tanya saya dah soalan-soalan itu. Bukan saya punca tak register. Saya bersuara sebab nak pertahankan diri, ada suami pun tak mampu pertahankan saya.
Tindakan Fara ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong keberaniannya bersuara, namun tidak kurang juga yang berpendapat bahawa perkara seperti ini sepatutnya diselesaikan secara dalaman tanpa perlu diumumkan di media sosial.


Jap!
The post
appeared first on
.


