Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun – “Kalau Dah Terlibat Dengan Riba, Rugi Dekat Akhirat Nanti”

LocalPersonal Finance
15 Nov 2025 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Aktivis kemanusiaan, Farah Lee mendedahkan bahawa pada usia 36 tahun, dia masih belum memiliki kediaman sendiri. Perkara itu dikongsikan selepas menerima pertanyaan daripada rakan aktivis, Haroq, yang meminta pandangan sama ada wajar atau tidak membeli rumah jika sering berada di luar kawasan.

Farah menjelaskan bahawa ketika ini, fokus utamanya adalah untuk melunaskan pinjaman kereta secepat mungkin supaya dapat bebas daripada sebarang unsur riba.

Advertisement

image is not available

Nasihat daripada akak umur 36 yang masih belum ada rumah sendiri dan tengah kerja keras untuk selesaikan loan kereta cepat-cepat untuk elak hidup dalam riba.

Menurut Farah, menyewa adalah pilihan lebih selamat buat mereka yang belum menetap di kawasan tertentu atau belum mempunyai simpanan tunai yang kukuh.

Sewa — selagi mana belum decide nak settle down kat mana dan cukup cash. Ramai orang akan cakap rugi tak beli rumah muda-muda, tapi kalau sampai terpaksa buat loan, kita dah terlibat dengan riba. Lagi rugi dekat akhirat nanti.

Kenyataan Farah itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, namun Farah menjelaskan pandangannya hanya menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, dan ia merupakan pendapat peribadi berdasarkan prinsip hidup yang dipegangnya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-13 13:34:38

“Asalkan Maruah Diri & Anak Terbela” – Luahan Isteri Haqiem Stopa, Aireen Sofia Undang Tanda Tanya Netizen