Farah Lee Pesan Jangan Guna Pensil Restoran Untuk Kegunaan Sendiri Atau Anak – “Bukan Hak Kita” | WeirdKaya

LocalFamily & Parenting
17 Nov 2025 • 9:13 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Aktivis kemanusiaan, Farah Lee menasihatkan orang ramai tentang larangan menggunakan barang yang bukan kepunyaan untuk tujuan peribadi.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurfarahin Romli, menegur segelintir ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka menggunakan pensel sesuka hati yang disediakan di restoran.

image is not available
“Jangan biasakan guna pensel dekat restoran untuk tulis menu, diambil untuk kegunaan sendiri atau bagi anak conteng-conteng, melainkan sudah minta izin.
“Sebab itu bukan hak kita walaupun sekecil-kecil dakwat, apatah lagi benda-benda besar,” ciapan Farah, baru-baru ini.

Tambah Farah, pensel itu disediakan bukan untuk kegunaan peribadi jadi ibu bapa perlu memantau anak-anak agar tidak mengambil barang yang bukan hak mereka.

image is not available
“Saya pernah kongsi, tapi ada orang balas, ‘pensel pun nak bising, apalah sangat.’
“Jangan main-main dengan ‘apalah sangat’, benda yang bukan hak kita haram diguna. Jangan biasakan, jangan ajar anak untuk biasakan,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan ibu kepada seorang cahaya mata itu dan menekankan betapa pentingnya meminta kebenaran terlebih dahulu jika ingin menggunakan barang orang lain.

Benda remeh tapi dosa

image is not available

Moga dipermudahkan didik anak

image is not available

Terdahulu, Farah menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan belum lagi mempunyai rumah sendiri kerana mahu bekerja keras untuk membolehkan dirinya menyelesaikan bayaran pinjaman bank untuk kereta secepat mungkin dan bebas daripada riba.

Sumber: Threads farahlee_

View Original Article