Farid Kamil Dedah Hampir Terpedaya Individu Bergelar Datuk Sebar Fitnah Tentang Diana Danielle!

EntertainmentOpinion
3 Mar 2025 • 9:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Farid Kamil Diana Danielle

Pelakon terkenal, Farid Kamil membuat pendedahan mengejutkan bahawa seorang individu berpangkat Datuk pernah berusaha memfitnah isterinya, Diana Danielle ketika mereka dalam proses penceraian pertama.

Farid Kamil hampir terpedaya

Dalam satu sesi podcast, Farid berkongsi bagaimana dia hampir terpengaruh dengan cerita yang dibawa oleh individu berkenaan

Kami ada masalah suami isteri, tetapi cerita yang sampai kepada saya sehingga tahap ada yang mengatakan ‘kau tinggalkan sahajalah dia.’

Menurut Farid lagi, individu itu bukan sahaja menabur fitnah tetapi turut menunjukkan gambar dan maklumat peribadi seseorang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan isterinya.

Hampir percaya fitnah!

image is not available

Dakwaan itu menyatakan bahawa Diana merupakan wanita berprofil tinggi dan hanya orang tertentu mampu ‘menikmati’ kemewahan bersamanya.

Saya hampir percaya. Ia menjadi virus yang menghancurkan hati saya.

Namun, selepas hubungan mereka kembali pulih, cerita-cerita itu tidak lagi memberi kesan terhadap perkahwinan mereka. Malah, individu bergelar Datuk itu juga gagal dihubungi selepas menyebarkan fitnah tersebut.

#ApaKataOhmedia

Dalam rumah tangga, fitnah boleh merosakkan hubungan jika tidak dikendalikan dengan baik. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang luar dan sentiasa berkomunikasi secara jujur dengan pasangan untuk mengelakkan salah faham.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Youtube Podcast Lelaki


The post

appeared first on

.