Farm Fresh sumbang susu percuma ke prasekolah terpilih di Perak

5 Nov 2026 • 9:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Farm Fresh sumbang susu percuma ke prasekolah terpilih di Perak

IPOH – Inisiatif pemberian susu percuma kepada 177 prasekolah terpilih di Perak terus diperkasa menerusi sumbangan oleh Farm Fresh Berhad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau menyambut baik usaha itu kerana pemakanan yang baik sejak usia awal merupakan antara asas penting dalam membentuk anak-anak sihat, cerdas dan berdaya saing.

“Kita mahu pembangunan yang dilaksanakan memberi makna kepada kehidupan rakyat.

“Anak-anak mesti diberikan permulaan yang baik, peluang yang saksama dan perhatian sewajarnya kerana merekalah pewaris kepada masa depan negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hotmat Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad (Farm Fresh), Azmi Zainal.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman.

Dalam pertemuan itu, pihak Farm Fresh menyampaikan sumbangan bagi menjayakan inisiatif pemberian susu percuma kepada murid prasekolah terpilih di Perak.

Saarani berkata, sehubungan itu, kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta seperti itu harus terus diperkasa.

“Kemakmuran tidak seharusnya hanya diukur melalui angka pertumbuhan tetapi juga melalui mutu kehidupan dan kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Inilah tekad kita dalam menjayakan Perak Sejahtera 2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Farm Fresh sumbang susu percuma ke prasekolah terpilih di Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved