“Fasa Baharu di Selatan Hormuz” – Iran Beri Amaran Tegas Selepas Gencatan Senjata Sementara

WorldPolitics
10 Apr 2026 • 8:17 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

TEHERAN – Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei memberi amaran bahawa pengurusan di selatan Selat Hormuz bakal memasuki “fasa baharu”, susulan ketegangan yang masih berlarutan walaupun gencatan senjata sementara dengan Amerika Syarikat telah bermula sejak Rabu lalu.

Kenyataan tegas itu dibuat pada Khamis, bertepatan dengan hari ke-40 memperingati pemergian bapanya, Ali Khamenei, yang didakwa gugur syahid.

Menurut Mojtaba, fasa semasa merupakan kesinambungan perjuangan serta legasi bapanya, selain menegaskan bahawa Tehran akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menuntut pampasan terhadap segala kerosakan akibat konflik tersebut.

“Teheran akan menuntut keadilan atas apa yang berlaku sepanjang tempoh peperangan ini,” katanya.

Pergerakan Kapal Masih Terkawal

Lapor agensi, situasi di Asia Barat kekal tegang apabila hanya 12 kapal dibenarkan melalui laluan strategik itu sejak Rabu, susulan kesan daripada kempen pengeboman oleh Israel ke atas Lubnan.

Dalam perkembangan berkaitan, data daripada Lloyd’s List Intelligence mendedahkan lebih 600 kapal, termasuk 325 kapal tangki minyak, masih terkandas di Teluk sejak penutupan selat berkenaan lebih sebulan lalu.

Ketegangan berterusan ini dilihat berpotensi memberi kesan besar terhadap rantaian bekalan global, khususnya sektor tenaga yang bergantung kepada laluan utama tersebut. – The Malaysian Update

The post “Fasa Baharu di Selatan Hormuz” – Iran Beri Amaran Tegas Selepas Gencatan Senjata Sementara appeared first on The Malaysian Update.