Fasa ketiga pelepasan air terawat Fukushima bermula

2 Nov 2023 • 4:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Jepun mula melaksanakan fasa ketiga pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Khamis.

Fasa ketiga ini akan dilanjutkan sehingga 20 Nov, meskipun mendapat tentangan dari China dan Rusia, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo.

Tokyo Electric Power Company Holdings (TEPCO) merancang untuk mengepam kira-kira 460 tan air terawat setiap hari melalui pembetung bawah laut, menurut laporan itu.

Fasa keempat pula dijadual bermula Mac depan yang membabitkan pelepasan kira-kira 31,200 tan air.

Jepun mula menyalurkan air terawat daripada loji itu sejak Ogos lepas, mencetuskan reaksi negatif dari China dan parti pembangkang Korea Selatan termasuk Kepulauan Solomon.

Susulan insiden gempa bumi dan tsunami pada 2011, loji Fukushima terpaksa ditutup akibat bencana nuklear yang berlaku.

Kemalangan itu dianggap sebagai bencana nuklear terburuk sejak insiden Chernobyl pada 1986. -Bernama