Fasa peralihan monsun mula 24 September, potensi banjir kilat

20 Sep 2024 • 2:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 SEPT: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September sehingga awal November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya sejak 17 Mei.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata negara diramal menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah sepanjang fasa berkenaan.

Menurutnya, situasi itu boleh menyebabkan ribut petir dan lazimnya hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk berwaspada sepanjang tempoh berkenaan dan peka dengan ramalan dan amaran cuaca dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi METMalaysia.

Laporan cuaca juga boleh disemak menerusi aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved