
Pada era ini, banyak insan yang masih belum mengenali fasa perkembangan diri mereka kerana amat fokus terhadap dunia ilusi mereka dan telah lupa kehidupan yang mereka melalui sebagai kanak-kanak. Akan tetapi, fasa perkembangan kanak-kanak perlu difahami oleh setiap ibu-bapa agar dapat meneliti anak-anak mereka dan cara perkembangan mereka dalam kehidupan seharian. Zaman kanak-kanak abad ini adalah sangat berbeza dengan kanak-kanak zaman dahulu. Kanak-kanak zaman dahulu semuanya membesar di depan mata ibu bapa.
Namun kini, situasi tersebut telah jauh berbeza. Kanak-kanak ditinggalkan di rumah asuhan dan pusat asuhan kanak-kanak lantaran ibu bapa yang seharian sibuk bekerja. Maka wujudlah cabaran-cabaran baru kepada ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman perkembangan teknologi maklumat ini. Secara am, fasa perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada lima peringkat dalam anggaran usia 0 hingga 12 tahun iaitu :
- Peringkat Pertama (0 hingga 1 tahun)
- Peringkat Kedua (1 hingga 2 tahun)
- Peringkat Ketiga (2 hingga 3 tahun)
- Peringkat Keempat (3 hingga 4 tahun)
- Peringkat Kelima (4 hingga 12 tahun)
Peringkat pertama yang merupakan kanak-kanak yang berumur 0 hingga 1 tahun adalah fasa di mana usia sebulan bayi yang boleh menghasilkan tangisan yang berlainan iaitu tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan, bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira, menangis apabila memerlukan sesuatu atau takut. Sementara itu, pada usia 8 bulan, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh menggenggam objek yang diberikan kepadanya. Usia ini merupakan usia yang penting bagi seseorang ibu bapa untuk mendekati anak-anak secara sentuhan, bau badan dan kasih sayang kerana ini merupakan fasa bayi untuk mendapatkan kepercayaan daripada seseorang.
Bagi peringkat kedua pula adalah kanak-kanak yang berumur 1 hingga 2 tahun. Fasa ini merupakan fasa pembelajaran pengerakan dan percakapan. Pada usia 1-2 tahun, kanak-kanak mula belajar berjalan, bercakap dan memahami makna “jangan”. Di akhir peringkat ini juga kanak-kanak tersebut boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat. Dalam fasa ini ibu bapa boleh mengenali cara pemahaman dan pegerakan kanak-kanak. Sekiranya terdapat sebarang masalah seperti kanak-kanak tersebut tidak boleh mendengar, bercakap atau berjalan, ibu bapa dinasihatkan untuk membawa kepada pihak yang professional bagi rawatan serta-merta.

Manakala, peringkat ketiga pula merupakan kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun di mana kanak-kanak tersebut mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah. Fasa ini merupakan fasa pertengahan untuk kanak-kanak melalui ke dalam dunia politik kekeluargaan dan masyarakat. Dalam fasa ini kanak-kanak dapat memahami ketakutan sebenar dan mula berkembang dalam proses pemikiran berimaginasi. Dalam fasa ini ibu bapa boleh mula mengajar sifat-sifat berdikari dan nilai-nilai kekeluargaan kerana pada tahap ini merupakan tahap kanak-kanak tersebut belajar daripada hati yang suci dan ikhlas dan juga tidak tercemar daripada unsur-unsur politik.
Seterusnya, peringkat keempat adalah fasa umur 3 hingga 4 tahun di mana kita boleh bayangkan di mana kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan yang mudah daripada ibu bapa. Fasa ini juga lebih kurang sama dengan fasa peringkat ketiga dan fasa ini amat penting kepada para ibu bapa untuk mengeratkan hubungan mereka dengan anak-anak mereka.
Akhir sekali, fasa terakhir adalah kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun iaitu kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya untuk mengemukakan soalan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak juga sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain. Dalam fasa ini adalah fasa kehidupan seorang kanak-kanak yang benar dan akan memahami semua perkara yang dilaluinya tetapi tidak dapat fahaman yang waras dan benar dan fokus kepada emosinya. Oleh itu, seseorang individu yang menjaga kanak-kanak atau ibu bapa perlulah mengetahui sedikit tentang fasa perkembangan kanak-kanak ini agar dapat membantu perkembangan kanak-kanak mereka bagi menghadapi zaman kanak-kanak mereka dengan baik dan sempurna.
Laguvendran Sandran adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


![“3 Tingkat Bai!” – Perbezaan Rumah Orang Kaya & Miskin Di Bosnia Undang Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/architecture.jpeg)

