Fasha Sandha jumpa Sajat di Singapura – “Kita tak layak hukum, semua ada khilaf”

LocalEntertainment
28 Jul 2025 • 11:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik Fasha Sandha menjadi perhatian netizen apabila berkongsi gambar bersama pempengaruh kontroversi Nur Sajat di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Fasha atau nama lengkapnya Fasha Sandha Hassan, 41, menemui Sajat selepas menghadiri konsert penyayi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Singapura pada Sabtu.

Tak layak hukum, semua ada khilaf

Instagram will load in the frontend.

“Alhamdulillah sempat jumpa supermodel Nur Sajat selepas konsert semalam.

“Hebatnya Sajat sampai TokTi pun sebut atas pentas namanya yang terbang dari Australia. Mesti ramai rindukan celoteh manjanya,” kata Fasha di Instagram, semalam.

image is not available

Dalam pada itu, Fasha memohon agar orang ramai berhenti menghukum Sajat atas perkara dosa yang lampau dan mendoakannya agar terus berjaya hidup di dunia sementara.

“Jom kita sama-sama doakan agar Sajat sukses walau dimana dia berada dan kerjayanya.

“Kita tidak layak menghukum sebab kita semua ada khilaf masing-masing. Doa yang baik-baik agar hal baik juga terjadi buat kita,” jelasnya.

Perkongsian itu juga telah menerima balasan komen daripada Sajat yang memberitahu pertemuan tersebut mengubat rindu selepas empat tahun tidak berjumpa dan menyifatkan pelakon itu seorang wanita yang cantik luar dan dalam.

image is not available

“Pertemuan selepas empat tahun, tak sangka tapi Allah izinkan.

“Moment semalam akan jadi kenangan saya simpan selamanya, walapun jauh persahabatan itu tetap akan kekal. Awak bukan sahaja cantik luaran tapi juga dalaman.

“Semoga rezeki Fasha sentiasa mengalir bersama keluarga tercinta, sayang awak selalu,” balas Sajat di ruangan komen.

Difahamkan, mereka berdua bertemu di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza – The Next Wave Live In Singapore yang menjadi sebahagian daripada sambutan 30 tahun perjalanan Siti dalam industri muzik tanah air.

Sumber: Instagram Fasha Sandha