Fasha Sandha Pakai ‘Crop Top’ Tapi Ramai Pula Yang Bergaduh, Kenapa?

Entertainment
5 Jul 2023 • 7:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan pelakon, Fasha Sandha memakai crop top dengan seluar berwarna hitam membuatkan netizen berbalah. Ini apabila rata-rata netizen rasa kurang senang melihat Fasha menunjukkan bahagian perutnya.

Fasha berkongsi video itu di TikTok sambil mempromosikan satu produk makanan untuk membantu menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, ada juga yang meminta orang ramai untuk melihat video itu dengan teliti. Ini kerana Fasha sebenarnya memakai inner berwarna kulit dan tidak mendedahkan bahagian perutnya seperti didakwa.

image is not available

Alasan memakai inner bagaimanapun tidak boleh diterima sesetengah netizen kerana pemakaian seperti itu hanya mendatangkan fitnah.

https://www.tiktok.com/@inayahbeautytrading/video/7251451775625071873

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.