Fasha Sandha romantis ‘berendam bersama’ suami

Entertainment
14 Sep 2023 • 2:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lebih 20 tahun dalam dunia hiburan, tindakan Fasha Sandha memuat naik video ‘berendam bersama’ suami, Aidil Aziz menjadi bualan warganet menggambarkan hubungan percintaan mereka berdua semakin utuh dan mekar meskipun diuji dengan pelbagai dugaan hidup berumah tangga.

Ini kerana hantaran Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dikatakan tidak manis menjadi tontonan khalayak ramai selepas berjaya menurunkan berat badan.

Fasha berendam bersama suami

Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia 18 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini kembali meraih perhatian selepas berkongsi sebuah video bersama suaminya, Aidil Aziz yang juga seorang aktor di platform Instagram miliknya, hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Fasha turut meletakkan tarikh 16 September 2023 seakan menggambarkan sesuatu menarik bakal berlaku tidak lama lagi.

“My forever love, Aidil Aziz. Coming soon 16.9.2023,”tulisnya ringkas berserta tarikh.

Fasha tak patut kongsi video berendam bersama suami

Bagaimanapun, perkongsian kebahagian pelakon filem Anak Mami Kembali ‘diranapkan’ dengan komen-komen negatif warganet yang dilihat tidak sebulu dan sependapat dengan tindakannya memuat naik video berkenaan di media sosial untuk tatapan umum.

Ramai di kalangan mereka meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas melihat aksi mesra yang ditunjukkan oleh pasangan selebriti itu dibiarkan ‘tersaji’ dengan mudah di media sosial.

image is not available
image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Apa tujuan posting berendam ni?

Malah, ada juga turut mempersoalkan tujuan aktres berusia 39 tahun ini memuat naik video pendek yang memaparkan aksi mesra mereka berdua sebagai suami isteri di media sosial.

Masing-masing meluahkan rasa kecewa apabila melihat ‘perubahan’ terkini hantaran yang dikongsikan di media sosial Fasha Sandha.

image is not available

Maaf, kali ni terpaksa tegur

image is not available image is not available

Terima kasih atas teguran

Sedar menerima banyak komen negatif, Fasha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai terutama di kalangan peminat kerana sudi memberi teguran buat dirinya.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @fashasandha