Fasha Sandha syukur anak raih 10A -“Tapi untuk C,D itu saya salahkan diri tak dapat teman…”

LocalFamily & Parenting
15 Jul 2026 • 2:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dengan meraih 10A.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, Fasha mengakui dia berasa ralat kerana kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran puteri kesayangannya yang kini berusia 11 tahun.

Menurut Fasha, dia memilih untuk menyalahkan dirinya sendiri apabila Jemyma tidak berjaya menguasai dua mata pelajaran kerana tidak dapat meluangkan masa untuk menemani, mengajar dan memberi fokus terhadap pembelajaran anaknya.

“Saya bersyukur dia berjaya 10A. Tetapi untuk C dan D itu, saya salahkan diri sebab tidak dapat teman, ajar dan fokus teman dia.
“Syabas anak-anak ibu, penggal selepas ini kita buat yang lebih pandai. Ibu bangga dengan semua anak-anak ibu. Anak saya 11 tahun (dalam darjah 6),” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Image from: Fasha Sandha syukur anak raih 10A -“Tapi untuk C,D itu saya salahkan diri tak dapat teman…”

Menerusi hantaran sama, pelakon berusia 41 tahun itu turut berkongsi kad laporan penuh keputusan peperiksaan Jemyma yang memaparkan pencapaiannya dalam setiap mata pelajaran.

Dalam pada itu, Fasha mengakui kesibukan kerjaya sebagai pelakon menjadi antara faktor dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak.

Image from: Fasha Sandha syukur anak raih 10A -“Tapi untuk C,D itu saya salahkan diri tak dapat teman…”

Menurutnya, jadual penggambaran yang padat menyebabkan dia tidak dapat menjadi lebih tegas dalam memastikan anak-anak memberi tumpuan terhadap pembelajaran.

Image from: Fasha Sandha syukur anak raih 10A -“Tapi untuk C,D itu saya salahkan diri tak dapat teman…”

“Saya salahkan kesibukan saya. Memang tidak dapat hendak ‘menyinga’ (tegas) sangat. Balik kerja saja saya jadi kucing parsi (baik) sebab lama tidak jumpa kerana sibuk di set.
“Takkan mahu menyinga dalam masa yang singkat, kadang-kadang jadi singa ini bagus untuk pelajaran anak-anak bukan?,” tulisnya.

Sumber: Threads fashasandha

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved