Fathia & Farid Bergambar Bersama, Netizen Kata Nampak Serasi – “Eloklah Kalau Berjodohan, Dua-Dua Weng”

10 May 2023 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai ketahui, pelakon, Farid Kamil telah memegang watak utama sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar The Untold Story.

Baru-baru ini, Farid turut menghadiri tayangan perdana filem yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion, pada 8 Mei lalu.

Difahamkan, lebih 250 tetamu terdiri daripada tokoh politik, penggiat industri kreatif dan beberapa personaliti terkenal tempatan termasuk pelakon, Fathia Latiff juga hadir.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Fathia turut sempat mengambil gambar bersama Farid selepas tayangan perdana filem tersebut.

Namun, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila mereka berdua dilihat berdiri dengan rapat di dalam gambar tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen.

Meninjau di ruangan komen sebuah portal hiburan, ada juga segelintir pihak yang mengatakan Fathia dan Farid dilihat serasi bersama.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Skrip Merapu, Pelakon Utama Tak Capai Standard" - 'Rating' Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang?