Fatima dipuji netizen, bantu Fazura jual tudung – “Kita diam-diam cari rezeki, ya anakku”

LocalFamily & Parenting
27 Jan 2026 • 9:44 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada Selebriti terkenal, Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai apabila membantu ibunya menjual tudung semasa sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian di Threads, aktres itu membalas satu hantaran peminatnya yang meperlihatkan Fatima bersama-sama mengenakan tudung sedondon dan menyifatkan puteri tunggalnya itu merupakan seorang yang rajin.

Rajin cari rezeki

image is not available

“Anak solehah mommy yang rajin, sama-sama kita diam-diam cari rezeki ya anakku. Mommy sangat bangga melihat kamu membesar seperti sekarang, masya-Allah,” balas Fazura.

Dalam pada itu, Fatima juga dilihat setia menemani ibunya mencari rezeki dan beberapa kali memeluk tubuh ibunya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Fazura dalam membesarkan anaknya dan mendoakan agar Fatima menjadi anak yang solehah.

Malah ada juga wargamaya yang memuji cara pelakon itu dalam mendidik anak dan mendoakan agar rezeki mereka melimpah ruah.

Mini Faz, berdikari dan anggun

image is not available

Moga rezeki tak putus

image is not available

Bahagia sentiasa

image is not available

Artikel lain: Fazura umum bersara daripada drama TV, mahu fokus kepada anak

Terdahulu, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan tidak akan lagi membintangi sebarang drama terbitan mana-mana saluran televisyen (TV) tempatan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan penuh terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Threads missfazura

View Original Article