Fatimah The Family UK tak jadi ditidurkan, pendarahan serta merta berhenti

25 May 2024 • 5:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Fatimah The Family UK tidak jadi ditidurkan susulan pendarahan yang sudah lapan hari berlaku serta merta berhenti beberapa jam sebelum dia ditidurkan.

Lagi 2 jam ke dewan bedah

Menerusi perkongsian Instagram The Family UK, doktor terpaksa membuat keputusan untuk menidurkan kanak-kanak tersebut kerana mahu menghentikan pendarahan daripada terus berlaku.

Namun, keajaiban dan mungkin berkata doa daripada orang ramai, tiada setitik darah pun keluar lagi setelah lapan hari perkara tersebut terjadi.

image is not available

“Selepas 8 hari pendarahan, doctor terpaksa buat keputusan menidurkan Fatimah dalam usaha untuk menghentikan pendarahan. 2 jam sebelum masuk teater pembedahan, dengan kuasa Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pendarahannya berhenti dengan tiba2.

“Dalam sekelip mata, darah yang mengalir tanpa henti selama 8 hari tiba2 kering tanpa tinggal walau setitis!” tulisnya.

Fatimah The Family UK tak jadi ditidurkan, setitis darah pun dah tak keluar

Menerusi posting itu juga, pihak keluarga Fatimah menyatakan yang doktor serta jururawat yang bertugas merawat kanak-kanak berkenaan terkejut melihat pendarahan berkenaan berhenti dalam sekelip mata.

Mana tidaknya, dalam masa dua jam lagi, sepatutnya Fatimah atau nama sebenarnya, Fatimah Omar Mukhlis akan dimasukkan ke dewan bedah bagi ditidurkan.

“Besar sungguh rahmat Allah. Hebat sungguh kuasa Allah. Sehingga semua doctor dan nurse terkejut pendarahan berhenti dengan sendiri dalam sekelip mata!”ujarnya lagi.

image is not available

Fatimah The Family UK masih sakit dah lemah

Walau bagaimanapun, pihak keluarga memaklumkan kanak-kanak berkenaan masih lagi dalam keadaan lemah dan berasa sakit.

Mereka memohon agar orang ramai tidak berhenti mendoakan kesembuhan Fatimah dan berharap supaya akan ada lagi keajaiban daripada Allah S.W.T untuk kanak-kanak tersebut.

image is not available

Terus doa untuk Fatimah The Family UK

Terdahulu, The Family UK memohon agar orang ramai termasuklah rakyat Malaysia mendoakan supaya pendarahan yang berlaku terhadap Fatimah selepas pembedahan biopsi dapat berhenti memandangkan dia sudah semakin lemah.

Walaupun tidak menyatakan penyakit yang dihidapi kanak-kanak terbabit, dapat dipastikan dia kini sedang berada dalam keadaan kurang sihat memandangkan kerap berada di hospital.

image is not available

Fatimah dari The Family UK sering menghiburkan pengguna media sosial sewaktu dmasih kecil dengan kepetahan serta gelagatnya yang comel bersama abang serta adiknya.

Sumber: Instagram thefamily.uk