Fatin Afeefa bangga, dah setahun suami berhenti Forex -“Berusaha buat bisnes”

20 Jun 2024 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fatin Afeefa bangga dengan usaha yang ditunjukkan suaminya iaitu Aliff Awang dikenali lebih dikenali selepas meninggalkan dunia aktiviti pelaburan mata wang asing atau Forex.

image is not available
Fatin Afeefa bangga

 

Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudim, 30, berkata, dia amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh suaminya sepanjang tempoh meninggalkan dunia forex.

Dia yang juga merupakan penyanyi memberitahu, Aliff bukan hanya duduk goyang kaki di rumah, sebaliknya menjalankan beberapa perniagaan bagi menghasilkan pendapatan buat mereka sekeluarga.

“Sebagai isteri, saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan.
“Dia tahu ada tanggungjawab perlu pikul dan berusaha buat bisnes untuk cari pendapatan daripada hanya mengeluh tiada pekerjaan atau reda dengan situasi,”katanya.

image is not available

Suami pentingkan kesempurnaan

Dalam pada itu, Fatin memberitahu suaminya bakal mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri tidak lagi.

Katanya, sejak enam bulan lalu, Aliff sedang sibuk melakukan kajian dan pembangunan (R&D) produk sebelum melancarkan ia di pasaran.

“Setiap hari dia dekat pejabat cuba menghasilkan minyak wangi baru daripada inspired perfume.
“Sampai sekarang masih dalam peringkat R&D sebab dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Jadi, selagi tak sempurna, dia tak akan menjualnya,”kongsi penyanyi lagu runut filem Tentang Bulan.

image is not available

Tambahnya, Aliff juga mempunyai beberapa perniagaan lain yang tidak didedahkan kepada umum.

Sekadar info, Opai berkahwin dengan selebriti Fatin Afeefa pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Nama usahawan itu juga sentiasa menjadi bualan ramai kerana dia aktif berkongsi mengenai pelaburan berbentuk Forex kepada pengikut.

Sumber: mStar Online