Fatin Afeefa bersuara, ibu bapa ada hak bawa anak kecil pergi bazar Ramadan

Family & Parenting
20 Mar 2024 • 2:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fatin Afeefa selar bawa anak ke bazar Ramadan

Pelakon Fatin Afeefa bersuara mengenai isu larangan buat golongan ibu bapa untuk tidak membawa anak kecil dengan menggunakan ‘stroller’ ke bazar Ramadan.

Tak boleh bawa anak kecil pergi bazar Ramadan?

Ia selepas hangat mengenai luahan sesetengah pihak yang merasakan ibu bapa tidak sepatutnya membawa anak-anak mereka, terutama yang masih kecil dengan menggunakan ‘stroller’ ke bazar Ramadan.

Ini kerana persekitaran di kawasan terbabit adalah tidak selamat buat si kecil.

“Ibu bapa yang ada anak terutama bayi, tak kesian ke bawa anak ke tempat-tempat sesak dengan stroller,”ciap salah seorang pengguna.

Fatin Afeefa bersuara

Rentetan itu, aktres berusia 30 tahun itu tampil bersuara dan menyifatkan geng tolak ‘stroller’ tidak mempunyai anak kecil.

“Korang belum ada anak lagi bolehlah cakap macam tu,”luah Fatin Afeefa.

image is not available

Tegasnya, setiap ibu bapa mempunyai hak untuk membawa anak mereka ke mana-mana sahaja meskipun masih kecil lagi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata, mereka yang tidak mempunyai anak kecil tidak akan faham situasi yang dialami oleh golongan ibu bapa.

“Biarlah anak kecil tu bersesak-sesak, kepanasan bahang, berpeluh, terdedah dengan virus, sesak nafas bau asap-asap dekat bazar tu.
“Kita yang dah berusia ni pun sesak nafas. Kadang-kadang berhimpit dekat bazar tu. Tapi, korang tak ada anak, korang takkan faham,”ujarnya.

image is not available

Sumber: Instagram @fatinafeefa