
Semalam telah berlangsung prosiding perbicaraan berhubung hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah, Shah Alam di antara pelakon Fatin Afeefa dan juga Adam Shahz.

Perkara ini difailkan Adam Shahz yang mahu mendapat hak penjagaan anak tunggal mereka bersama, Ivy Herra Sophia yang baru berusia 7 tahun.
Adam Shahz hanya mahu tuntut haknya…
Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya. Saya akan berjuang berhabis-habisan. Insya-Allah mungkin saya akan melantik peguam. Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya.
Kalau ikutkan perkara ini tidak perlu dijadikan isu walaupun dah bercerai. Cuma saya perlukan hak saya juga. – Kata Adam Shahz selepas prosiding.
Sudah lebih 3 bulan tidak jumpa anak perempuan…
Saya tidak ada tuntut apa-apa pun. Kalau tidak dapat tuntut hak penjagaan anak, sekurang-kurangnya beri hak untuk melawat.
Bagaimanapun, hasil prosiding semalam gagal mencapai kata sepakat antara mereka dan mahkamah menetapkan kes didengar semula pada 28 Februari ini.
Kredit: Utusan
The post Fatin Afeefa Gagal Capai Kata Sepakat Dengan Bekas Suami, Adam Shahz appeared first on Oh! Media.

