Fatin Afeefa & Opai hantar anak sulung ke tahfiz, bakal jadi hafiz al-Quran

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 9:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hafiz al-Quran

Pelakon Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak apabila menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pusat pengajian tahfiz itu di laman TikTok, dapat dilihat anak sulung Fatin Afeefa membaca lafaz janji di hadapan kedua ibu bapanya.

Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji akan berusaha untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun dan berharap perjalanannya untuk menjadi seorang hafiz dipermudahkan.

Hafiz al-Quran

@akademiakmal

Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat

♬ original sound - Akademi Al-Quran AKMAL - Akademi Al-Quran AKMAL

Bagaimanapun, disaat Adam melafazkan janji tersebut, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai tidak dapat menahan air mata telah runtun hati warganet di media sosial.

“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.

“Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis Akademi al-Quran Akmal di ruangan kapsyen.

Hafiz al-Quran

image is not available

image is not available

Netizen turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu serta kagum dengan cara Fatin Afeefa dan Opai yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang dapat berbakti kepada agama.

image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan Adam untuk menjadi seorang hafiz al-Quran dipermudahkan dan diberi kekuatan menempuh segala dugaan kelak.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.

Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.

Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.