Fattah Amin Bakal Bawa Fatima Ke Tokyo Disneyland, Sudah Ada Tarikh Untuk Bercuti – “Insya-Allah Tahun Ini..”

EntertainmentTravel
29 Jun 2025 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular, Fattah Amin memaklumkan bahawa dia ada perancangan untuk membawa anaknya iaitu Nur Fatima Aisya untuk bercuti ke Tokyo Disneyland pada tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia sudah ada tarikh untuk percutian bersama anaknya itu.

image is not available

Memang kami ada perancangan untuk bercuti bersama di Tokyo Disneyland cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan. Bila sudah tahu jadual persekolahan Fatima, barulah saya boleh merancang percutian itu.

 

Sebenarnya, percutian ini akan disertai ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa dan adik-beradik. Insya-Allah, pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, kata Fattah, perkara yang berkaitan dengan keluarga termasuklah percutian sepatutnya boleh disampaikan melalui aplikasi WhatsApp.

image is not available

Cuma itulah, boleh sahaja perkara itu (berkaitan percutian bersama Fatima) disampaikan kepada saya melalui WhatsApp.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan Fatima yang meminta agar Fattah untuk membawanya melancong ke taman tema popular dunia iaitu Disneyland Tokyo.

Menerusi video yang sama, Fatima sempat menyatakan dia sangat menyayanyi bapanya itu.

image is not available 4 days ago

"Fatima Ke Post Ni? Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat" - Anak Merayu Fattah Amin Bawa Pergi Disneyland