Fattah Amin Dedah Usaha Pujuk ‘Dihalang’ Seseorang, Fazura Pula Terkilan Mentua Langsung Tak ‘Call’ Tanya Khabar

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 3:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fattah Amin menafikan tidak berusaha untuk cuba memujuk hati Nur Fazura namun sebaliknya usaha dia tidak dihiraukan bekas isteri.

Tambah Fattah, sepanjang berdepan dengan konflik rumah tangganya dia tidak henti-henti cuba menghubungi Fazura untuk menjernihkan hubungan mereka.

image is not available

Bagaimanapun kata Fattah, dia kesal kerana usahanya untuk memujuk dihalang pihak tertentu selain tidak mendapat respon daripada Fazura sendiri.

Hampir setiap hari saya cuba hubungi Fazura, panggilan tak pernah dijawab, Whatsapp susah nak jawab. Cuba tengok Whatsapp dia saya pujuk, mesej dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tetapi saya dihalang untuk masuk ke rumah.

image is not available

 

Fazura terkilan mentua tak call

Sementara itu, Fazura pula berkata dia terkilan apabila mentuanya langsung tidak bertanya khabarnya dan Nur Fatima Aisya ketika rumah tangganya hangat menjadi bualan.

Sentiasa mendahulukan keluarga bekas suami, Fazura berkata dia bagaimanapun sudah memaafkan individu yang dihormatinya itu.

Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri. Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.

image is not available

image is not available 7 hours ago

"Kalau Dia Nak Teruskan Fitnah, Tanggunglah Dosa. Saya Tak Main Sentimen Itu" - Fattah Amin