Fattah Amin hadiahkan ibu kereta baharu, netizen puji contoh anak soleh

LocalCars
30 Dec 2025 • 10:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon kacak, Fattah Amin membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Azizah Abdul Ghani dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai tanda membalas jasa dan kasih sayang yang telah diberikan.

Hadiahkan ibu kereta baharu

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan ibu kepada pelakon itu terkejut apabila menerima hadiah sebuah kereta jenis Toyota Noah berwarna red mica metallic.

@sayapniaga

Wahhh! Tahniah @fattahamin dapat hadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah! Semoga Fattah sekeluarga bahagia sampai ke akhir hayat. Harini untuk ibu, besok untuk mira plak ke? hehe #sayapniaga #recondcar #recondcarmalaysia #fattahamin #toyota

♬ original sound - SAYAP NIAGA - SAYAP NIAGA

Dalam pada itu, syarikat kenderaan tersebut turut mengucapkan tahniah kepada Fattah dan mendoakan keluarga yang dibina terus diberikan kebahagiaan.

“Tahniah dapat menghadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah. Semoga Fattah dan keluarga bahagia hingga ke akhir hayat. Hari ini untuk ibu, mungkin esok untuk Amira pula?,” tulisnya.

image is not available

Disoal mengapa tidak membeli sebuah kereta mewah demi ibu tercinta, pelakon filem Mat Kilau itu menjawab kenderaan itu dipilih mengikut cita rasa ibunya.

“Ni bukan untuk saya tapi untuk ibu. Dah lama saya tunggu untuk ibu beritahu kereta apa yang dia nak dan saya memang niat nak hadiahkan sebuah kereta.
“Dia beritahu nak kereta Multi-Purpose Vehicle atau Kenderaan Serba Guna (MPV), lepas tengok sendiri dia buat keputusan untuk pilih kereta ini,” kata Fattah.

image is not available

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji Fattah mengutamakan keluarga dan meluahkan rasa kagum melihat tindakan pelakon itu yang mengenang pengorbanan ibu bapa ketika sudah berjaya.

Contoh anak soleh

image is not available

Berkat doa ibu

image is not available

Sejuk perut ibu

image is not available

Artikel lain: “Terima kasih ibu & keluarga sentiasa ada dengan Along” -Fattah Amin

Untuk info, Toyota Noah ditawarkan di pasaran Malaysia pada anggaran harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000 bergantung kepada spesifikasi dan varian.

Sumber: TikTok sayapniaga