Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya, Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan – “Segala Penat Lelah, Komitmen Diberikan…”

EntertainmentMovie
23 May 2025 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa kecewa kerana filem lakonannya berjudul Kulit Wayang gagal mendapat sambutan yang memberangsangkan sejak ditayangkan pada 8 Mei lalu.

Kata aktor tinggi lampai itu, dia sangat mengharapkan karya lakonannya itu meriah perhatian dan ditonton masyarakat kerana telah berusaha dan memberikan komitmen besar sepanjang penggambaran.

Kali pertama saya tonton lakonan saya dalam filem ini pun, saya sendiri bersyukur kerana segala penat-lelah dan komitmen yang diberikan berjaya diterjemahkan dengan sebaiknya.

image is not available

Kredit: Ahmad Ukasyah/Harian Metro

Watak Tok Dalang yang saya bawakan bukan mudah kerana perlu berdialek Kelantan dan bermain wayang kulit. Tapi saya rasa mungkin penerbit atau pengarah ada strategi tersendiri, mungkin mereka mahu menghantar filem ini ke festival filem, bukan sasarkan kutipan box office.

Bapa anak seorang itu berpendapat salah satu faktor filem tersebut tidak dapat menambat hati penonton mungkin disebabkan genre dan persepsi awal orang ramai tentang tema yang dibawakan.

Saya rasa mungkin sebab genre. Ramai yang beranggapan filem ini hanya berkisarkan wayang kulit, jadi ada yang skeptikal.

image is not available

Selain itu, mungkin ada yang fikir filem ini hanya untuk orang Pantai Timur, tapi sebenarnya bila mereka tonton, kebanyakannya beri pujian dan sedar filem ini bukan untuk orang Kelantan, Pantai Timur atau penggemar wayang kulit semata-mata.

Meskipun waktu tayangan bukan keputusan dibuatnya, Fattah berkata mungkin juga kerana banyak filem tempatan ditayangkan pada bulan yang sama namun menganggap itu satu persaingan yang sihat untuk industri ini.

image is not available 2 days ago

Peminat Nak Filem Kisah #BASS Ditayangkan, Eizlan Yusof Tunggu 'Green Light' Dari Syed Saddiq & Bella Astillah - "Produser Pun Dah Bersedia"