Fattah Amin kekal tegas, tindakan saman jadi pengajaran penyebar fitnah

LocalEntertainment
4 Sep 2025 • 8:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Fattah Amin kekal tegas dengan tidak berdiam diri apabila berdepan tuduhan serta fitnah yang boleh menjejaskan reputasi dan keluarganya.

Fattah Amin kekal tegas buat mereka yang cuba jejas reputasi

Memetik laporan daripada Mstar, Fattah Amin kekal tegas dengan menyatakan keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya semalam adalah peringatan jelas kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menulis atau berkongsi sesuatu di media sosial.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba menjejaskan reputasi saya.

“Keputusan mahkamah ini juga boleh dijadikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menabur fitnah tanpa bukti,” katanya.

image is not available

Fattah Amin kekal tegas, beri kesedaran tentang penyebaran berita palsu

Dalam pada itu, Fattah turut menambah bahawa langkah undang-undang ini bukan sekadar mempertahankan diri semata-mata, tetapi demi memberi kesedaran tentang bahaya penyebaran berita palsu.

“Di zaman media sosial, kita boleh menulis apa sahaja tetapi tanpa bukti, ia tidak baik untuk masyarakat. Lebih-lebih lagi sesama umat Islam, tidak wajar kita menyebarkan fitnah.

“Kalau ada masalah, boleh berhubung dengan pengurus atau saya sendiri. Jangan terus lempar di media sosial,” jelasnya.

image is not available

Fitnah beri kesan kepada keluarga dan klien

Mengulas tuntutan saman berjumlah RM5 juta yang difailkan, Fattah memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan kepada mahkamah.

Namun, dia mengakui tindakan itu diambil kerana fitnah berkenaan turut memberi kesan kepada ibunya, anak serta klien.

“Saya hanya manusia biasa, tetapi apabila fitnah itu sampai memberi kesan kepada ibu, anak dan juga klien saya, maka kami rasa sudah tiba masa untuk ambil tindakan,” katanya lagi.

image is not available

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pasangan pempengaruh media sosial, Nuraien Adilla Hasha Akhbar atau Elcah, dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, menurunkan hantaran di Threads yang didakwa berunsur fitnah terhadap Fattah.

Permohonan injunksi sementara itu diluluskan oleh Hakim Datuk Anand Ponnudurai selepas saman difailkan Fattah pada 26 Ogos lalu.

Sumber: Mstar (Amin Hazlan)