Fattah Amin Luah Hasrat Nak Buka Bisnes Pertama Dengan Berniaga Kambing Perap

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 10:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas mendapat jutaan tontonan ketika melakukan siarang langsung beberapa hari yang lalu, pelakon sensasi Fattah Amin baru-baru ini telah meluahkan hasrat untuk membuka bisnes pertamanya dengan menjual kambing perap.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh syarikat terkenal kamping perap dengan memaparkan tangkap layar perbualannya bersama pelakon drama Playboy Itu Suami Aku di aplikasi TikTok.

image is not available

Dalam perbualan tersebut, Fattah meluahkan hasrat untuk menjalankan perniagaan pertamanya bersama syarikat tersebut.

Salam bro, untuk first bisnes aku plan nak berniaga kambing Pak Mat. Boleh aku call?

Susulan itu, syarikat tersebut berkata akan menghubungi Fattah untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Wasalam bro. Apa cer? gua call luh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan keputusan pelakon tersebut kerana tidak berputus asa untuk memajukan diri.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @PakMatWestern


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved