‘Fatwa dah keluarkan rokok tu haram, terpulang letak bahagian mana’ – Mufti Kelantan

LocalPolitics
14 Sep 2024 • 11:11 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Status pensijilan halal kini semakin menjadi polemik antara masyarakat dan juga pemimpin.

Susulan itu juga, rokok yang telah difatwakan haram sejak 1995 turut dibincangkan mengenai kedudukan seksyen barangan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan berbincang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengenai perkara itu.

“Jadi, sejauh mana nak menentukan (rokok) itu duduk di seksyen halal atau tidak, yang itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Jadi, saya akan cuba bincang,” katanya.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menyatakan isu berkenaan tidak dilihat sebagai satu masalah kerana fatwa telah menjelaskan perkara itu.

“Fatwa telah keluarkan merokok itu haram, tapi dari segi pengurusan pentadbiran itu kita terserah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).

“Nak letak bahagian mana (penjualan) rokok terpulanglah,” katanya.

View Original Article