Fazley Yaakob, Azrene bercerai, ikatan 18 tahun terlerai. 'Iddah pun telah tamat, moga tiada kekeliruan'

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 2:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DATUK Fazley pulak bercerai! Netizen kata tragedi Oktober.

Aduhhh...dalam sibuk-sibuk orang bercerita mengenai banjir, tiba-tiba SinarPlus mendapat perkhabaran yang Datuk Fazley telah bercerai dengan Azrene Soraya berberapa bulan yang lalu.

image is not available

Terkejut semua orang kerana tak sangka la kan, Datuk Fazley dan Azrene yang seperti sweet couple tu boleh bercerai. Apalah agaknya puncanya kan?

Menurut pelantun lagu Asmara Ini itu, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri.

image is not available

Menurut kenyataan, Fazley sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan terdahulu dan tempoh iddah Azrene telah pun tamat beberapa minggu lalu.

Keempat-empat cahaya mata pasangan berkenaan kini di bawah hak jagaan bersama.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Fazley juga memaklumkan hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik biarpun setelah berpisah.

image is not available

Sekadar info, Fazley mengahwini Azrene pada 7 November 2006.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Firudz Shah, 13, dan Alayna Selma, 7.