Fazley Yaakob Sah Cerai, Bahtera 18 Tahun Perkahwinan Terlerai. | WeirdKaya

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 3:12 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Cef selebriti, Dato Fazley Yaakob mendedahkan bahtera perkahwinan yang dibina selama 18 tahun bersama isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz telah berakhir dengan penceraian.

Menerusi kenyataan rasmi yang dibuat oleh Fazley, dia memberitahu penceraian tersebut dibuat beberapa bulan yang lalu dan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini” ujar Fazley.

Fazley berkata, mereka berdua mengakhiri hubungan tersebut dengan cara yang baik dan keempat-empat anak mereka kini di bawah hak jagaan bersama.

Dalam pada itu, Fazley telah memfailkan perceraian terhadap bekas isteri beberapa bulan yang lepas dan tempoh idah bekas isterinya juga telah tamat pada beberapa minggu lalu.

Hasil perkahwinan selama 18 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma,7.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved