Fazlina Ahmad Daud Sebak Pemergian Zara Qairina

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2025 • 2:34 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud turut meluahkan rasa sebak dengan tragedi menyayat hati menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Bedah Siasat Selesai, Jenazah Dibawa Pulang

Menerusi perkongsian Hot FM di Instagram, proses bedah siasat remaja berusia 13 tahun itu telah selesai sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Sipitang, Sabah, untuk dikebumikan semula.

Solidariti Orang Ramai

Dalam video berdurasi seminit itu, kelihatan semangat solidariti luar biasa apabila orang ramai berkumpul bagi membela nasib Allahyarham.

 

image is not available

“Anaknda Zara Qairina, walaupun membesar sebagai anak tunggal, kini Allah hadirkan jutaan ayah, ibu, abang, kakak dan adik yang akan membela serta menyayangimu tanpa syarat,” tulis Fazlina.

Penggalian Semula Kubur

Terdahulu, proses penggalian semula kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol berakhir pada jam 7.15 malam, Sabtu.
Arahan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan pada jam 9 pagi semalam.

Tragedi 16 Julai

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agamanya pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital keesok harinya.

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas selepas timbul dakwaan insiden buli oleh pelajar senior.

Laungan Kalimah Tauhid

Sebelum itu, jenazah dibawa menaiki trak polis kira-kira jam 9.30 malam dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), diiringi laungan kalimah tauhid Lailahaillallah oleh orang ramai yang setia menunggu di pekarangan Jabatan Forensik. – The Malaysian Update