Fazura Akui Mental Dan Emosi Terjejas Gara-Gara Fattah Amin Dan Dedahkan Segalanya

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 11:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon Fazura dan suaminya, Fattah Amin mengambil keputusan berpisah dan bercerai talak satu

Kedua-duanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang bagi sebutan kes cerai yang ditangguh ke hari ini.

Menurut laporan Beautifulnara, Fazura memaklumkan beberapa faktor yang membawa kepada penceraian iaitu Fattah mengabaikan nafkah, curang dan tidak sefahaman sejak sekian lama.

Fazura juga berkata yang mental dan emosinya juga terjejas gara-gara dilayan seperti itu sepanjang perkahwinan.

Bukan tu jer, Fattah juga didakwa tidak mempertahankan Fazura ketika fitnah dalam sesuatu isu dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Perkara itu juga buatkan pelakon wanita itu sudah hidup sengsara bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, dirinya sudah pun reda dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Beautifulnara