Fazura Menangis Dedah Perangai Fattah, Komen Salina Saibi Raih Perhatian – “Woi Dah Lah Tu, Diamlah!!!”

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 4:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika berita perceraian pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi bualan hangat sejak pagi ini, komen aktres Salina Saibi mencuri perhatian warganet.

Terdahulu, Beautifulnara telah memuat naik video yang memaparkan Fazura ditemu ramah di mana aktres itu mendedahkan punca-punca dia dan Fattah bercerai.

image is not available

Ramai netizen meninggalkan komen tentang hal itu termasuklah pelakon Salina Saibi yang turut memberi respon.

“Woi dah lah tuDiamlah”, tulis Salina di ruangan komen.

image is not available

Komen tersebut mendapat perhatian segelintir netizen yang berpendapat Salina berang dengan Fazura kerana membuat pendedahan sebegitu selepas sah bercerai.

Ada juga yang bertanya kepada pelakon filem Bohsia itu sama ada dia menyokong dan berpihak kepada Fattah Amin sehinggakan dia mengeluarkan komen sedemikian.

image is not available 19 hours ago

"Janganlah Buat Benda Bukan-Bukan.." - Fattah Amin Akui Simpan 'Rahsia' Fazura, Dah Setuju Enggan Fail Nusyuz