Fazura serah jodoh pada tuhan, mahu suami tahu agama dan bertanggungjawab

LocalFamily & Parenting
4 Nov 2025 • 2:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Fazura menjadi perhatian warganet apabila mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman dan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengulas soal jodoh apabila ditanya oleh peminatnya dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada tuhan.

Tahu agama dan bertanggungjawab

image is not available

“Soal kahwin itu ketentuan Allah, yang terbaik untuk saya hanya Allah yang menentukan,” kata Fazura, baru-baru ini.

Aktres drama Hero Seorang Cindarella itu turut memberitahu ciri-ciri suami idamannya sekiranya mahu mendirikan rumah tangga semula.

“Yang saya nak hanya reda Allah, jodoh yang Allah redhai, jodoh yang baik, jodoh yang faham agama dan bertanggungjawab.

“Mudah-mudahan Allah makbulkan doa saya, temukan dengan jodoh yang sayang saya, sayang Fatima, yang boleh buat kita gembira, dan susah senang sama-sama,” jelasnya.

image is not available

Ibu kepada seorang cahaya mata itu, sempat bertanya kepada puterinya, Nur Fatima Aisya yang turut meinginkan agar ibunya mencari pengganti baharu dan harus melaluinya terlebih dahulu.

“Fatima nak daddy baru ke? Tapi Fatima kata dia yang nak pilihkan,” tambahnya lagi.

image is not available

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai secara rasmi pada 7 Oktober 2024. Perceraian tersebut berlaku secara talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Sumber: TikTok affendyjailani