Fazura terharu terima potret kurniaan Sultan, Permaisuri Selangor. -“Amat bernilai buat patik sekeluarga”

Entertainment
22 Sep 2022 • 11:01 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKTRES Fazura terharu menerima kurniaan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berupa sebuah potret beliau sekeluarga.

image is not available

Fazura menzahirkan rasa teruja menerusi laman sosial Instagram berkongsi paparan foto di laman sosial Instagram.

image is not available

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.

“Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya,” titip Fazura.

image is not available

Ini bukan kali pertama Fazura menerima kurniaan daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Terdahulu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin pernah menerima beberapa keping syiling emas dan naskhah buku keagamaan.

image is not available

Tidak hanya itu, keakraban Tengku Permaisuri Selangor turut mengurniakan hadiah seutas rantai beserta loket berlian buat anak Fazura, Nur Fatima Aisya.

image is not available

Para peminat teruja dengan perkongsian Fazura. Malah ramai yang tertarik dengan penampilan beliau berbaju kurung moden ungu cair.

Tidak kurang terhibur dengan keletah Fatima ketika menuruni tangga.

-“Lawanya Fazura. Sopan dan sungguh anggun.”

-“Alahaiii bertuahnya. Comel Fatima.”

-“Everything about all you three are classy and beautiful.”

-“ Cantiknya baju Fazura.”

-“Masya-ALLAH Fatima pandai dia mengira ya.”

-“Clever girl Fatima.”

Sumber dan kredit foto: Instagram @missfazura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan