FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak digodam, penuh video tidak senonoh

16 Oct 2023 • 11:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Laman Facebook (FB) rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam dengan video-video lucah serta ghairah telah dimuatnaik sejak 12.47 tengahari tadi.

Sebanyak 10 video ghairah wanita-wanita itu telah dimuatnaik dan disertakan tanda pagar (hashtag) seperti #ElonMusk, #CR7, #FacebookWatchMeta, #nasa dan #EURO2024.

FB tersebut mempunyai 29,000 pengikut.

Berikutan itu, laman FB tersebut dihujani dengan komen-komen daripada warga maya yang nyata terkejut dengan video yang dipenuhi dengan wanita yang memakai pakaian seksi.

Dalam pada itu, menerusi laman webnya, SPA Perak memohon orang ramai agar tidak melayari laman FB tersebut buat masa ini.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, dimaklumkan bahawa laman Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih," kata kenyataan tersebut.

Sehingga jam 11.06 malam, video-video lucah tersebut masih berada di FB suruhanjaya tersebut.  – 16 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved