FBI dakwa Korea Utara dalang rompakan kripto bernilai RM24 bilion

WorldBusiness & Finance
1 Nov 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: FBI dakwa Korea Utara dalang rompakan kripto bernilai RM24 bilion

WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa Korea Utara mendalangi kecurian aset maya bernilai lebih AS$6 bilion (RM24 bilion) daripada Binance, sekali gus mencatatkan sejarah sebagai rompakan mata wang kripto terbesar setakat ini.

Kenyataan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat itu dibuat ketika Binance memberi jaminan bahawa pihaknya sedang menampung kerugian akibat serangan penggodaman tersebut, dengan menyatakan bahawa ia telah menggunakan dana syarikat untuk membeli token bagi menggantikan 90 peratus daripada apa yang telah dicuri.

Binance merupakan bursa kripto terbesar di dunia berdasarkan volum dagangan harian. 

Berita mengenai serangan siber itu menyebabkan harga kebanyakan mata wang kripto utama jatuh mendadak pada kelmarin.

FBI mengesahkan syak wasangka awal daripada para penyiasat persendirian dan penganalisis bahawa sebuah kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Korea Utara bernama TraderTraitor merupakan dalang di sebalik penggodaman itu.

TraderTraitor adalah kumpulan sama yang dipersalahkan atas kecurian bernilai AS$1.5 bilion (RM6 bilion) daripada platform Bybit pada Februari tahun lalu.

“FBI mengeluarkan maklumat yang menyatakan bahawa Korea Utara bertanggungjawab ke atas kecurian lebih daripada AS$6 bilion dalam bentuk aset maya daripada bursa mata wang kripto Binance, pada atau sekitar 29 Oktober 2026,” kata kenyataan itu. – AFP

 

The post FBI dakwa Korea Utara dalang rompakan kripto bernilai RM24 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved