Fedtri Yahya syukur anak perempuan raih 8A UPKK – “Contoh terbaik untuk adik2”

18 Apr 2024 • 7:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fedtri Yahya

Pengacara popular, Fedtri Yahya berkongsi khabar gembira apabila anak perempuannya, Indah Sutera Jannah raih keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka anaknya mendapat keputusan cemerlang.

Fedtri Yahya

Ujar pengacara yang berusia 43 tahun itu lagi, kejayaan tersebut dapat menjadi contoh terbaik buat anak-anak yang masih kecil dalam pembelajaran.

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat 8A!

“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa pun syukur, contoh terbaik untuk adik-adik,” katanya di ruangan kapsyen.

Fedtri Yahya

image is not available

image is not available

Alhamdulilah tahniah Fedtri!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan ucapan tahniah buat Fedtri sekeluarga atas kejayaan anaknya.

image is not available image is not available

Semoga membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Indah Sutera Jannah berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak yang solehah buat ibu bapa.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Fedtri Yahya