Felda tubuh jawatankuasa bertindak majukan aset di Sarawak

3 Feb 2023 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Idris

KUCHING - Satu jawatankuasa bertindak melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kerajaan Sarawak akan ditubuhkan bagi merencanakan kaedah terbaik dalam memajukan aset Felda di negeri itu, kata Pengerusi, Tan Sri Idris Jusoh.

Bercakap kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, ini juga sejajar dengan proses rasionalisasi Felda bagi meningkatkan nilai serta prestasi syarikat di seluruh negara.

"Hasil daripada jawatankuasa itu akan dapat dilihat dalam masa terdekat. (Setakat ini) belum ada satu nama khusus untuk jawatankuasa itu.

"Namun bagi Felda, ia akan diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Besar Felda dan diselaras dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Lester Matthew,” katanya.

Mengulas selanjutnya, Idris berkata bahawa penubuhan jawatankuasa itu telah dicadangkan sendiri oleh Abang Johari dalam kunjungan yang berlangsung selama sejam.

Beliau berkata, perkara lain yang akan dibincangkan oleh jawatankuasa itu termasuk sektor perladangan serta perancangan untuk menghidupkan semula Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) milik Felda yang berpotensi menjana keuntungan untuk kerajaan negeri serta warga Felda.

Anggaran kos bagi memajukan semula hotel itu akan diperincikan oleh jawatankuasa berkenaan selepas mendapat persetujuan kerajaan Sarawak, katanya.

"MPHS pernah menjadi tumpuan dan amat berpotensi tinggi (untuk dibangunkan). Malah, ia merupakan satu ikonik untuk Sarawak dan kita ingin memperbaharui (mengubahsuai) bangunan itu dengan kerjasama (kerajaan) Sarawak,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved