Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di sekitar Kuala Kedah esok

28 Sep 2022 • 6:44 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di sekitar Kuala Kedah awal pagi esok sehingga mencecah ketinggian 2.9 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, waktu jangkaan air pasang besar itu berlaku antara sekitar jam 2:28 pagi Khamis.

Jelas beliau, antara lokasi yang akan terjejas adalah Jeti Kuala Kedah, Kampung Seberang Kota, Kota Marina dan Jalan Tok Pasai.

Sehubungan itu penduduk di sekitar kawasan berkenaan diminta mengambil langkah berjaga-jaga termasuk bersedia untuk berpindah sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

“Berikutan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar akan melakukan pemantauan di kawasan terjejas bagi memastikan penduduk dalam keadaan selamat,” nasihat beliau.

image is not available
Kredit foto FB APM Daerah SIK

image is not available
Kredit foto FB APM Negeri Kedah

APM Kedah pada hari ini juga telah mengadakan satu Simulasi Kesiapsiagaan bagi menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut kawasan berisiko bencana melibatkan zon selatan antaranya Sik, Kulim, Baling, Kuala Muda & Bandar Baharu.

Dua daerah iaitu Baling dan Kulim akan menjadi lokasi yang akan diberikan perhatian khusus atau ‘hostspot‘ sebagai persiapan menghadapi banjir akibat Monsun Timur Laut, pertengahan November depan.

image is not available