Fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga Khamis

9 Oct 2022 • 10:01 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut Nadma fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku,“ menurut perkongsian itu.

Maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov/ramalanpasangsurut.my - Bernama