Fenomena air pasang besar diramal tiga hari di Klang mulai 7 November

3 Nov 2022 • 11:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 NOV: Penduduk daerah Klang diminta berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 7, 8 dan 9 November ini.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang berkata fenomena itu boleh membawa risiko banjir dan runtuhan ban dengan ramalan bacaan paras air laut setinggi 5.3 meter.

“Warga Klang diingatkan sentiasa peka dengan keadaan semasa. Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab,” katanya di Facebook hari ini.

Talian perhubungan bencana PDT Klang iaitu 03-3371 6700 dan Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang dibuka dalam tempoh tersebut.

Berikut talian kecemasan boleh dihubungi jika berlaku bencana di Klang:

image is not available

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved