Fenomena air pasang besar landa Kampung Sim-Sim

LocalEnvironment
7 Dec 2025 • 11:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Jalan raya dan kawasan parkir di Lorong A, Rancangan Rumah Murah Kampung Sim-Sim dinaiki air berikutan kejadian air pasang besar pada malam Jumaat.

Tinjauan mendapati air dipercayai melimpah dari longkang berdekatan yang berlaku serentak dengan hujan lebat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan bahawa paras air di atas jalan mencecah buku lali namun kediaman penduduk tidak terjejas dan keadaan masih terkawal.

Anggota APM Sandakan turut memantau kawasan Kampung Bokara, Kampung Air serta beberapa kawasan perkampungan air yang lain.

Beberapa buah rumah dan jambatan turut terjejas namun situasi masih berada dalam keadaan terkawal.

Fenomena air pasang besar dijangka berterusan sehingga 8 Disember ini terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved